Solat Terawih ‘Kilat’ 20 Rakaat Jadi Tular

JAWA TIMUR – Solat tarawih ‘kilat’ atau solat tarawih yang dikerjakan dengan cepat menjadi tular di media sosial.

Menerusi liputan6, ia bukan perkara baharu di Indonesia khususnya di Jawa Barat.

Memperkuatkan lagi laporan itu, pada setiap kali Ramadan, pasti kedengaran berita terdapat jemaah masjid di sana menunaikan solat tarawih mengikut kaedah itu.

Baru-baru ini, kes yang hampir sama dikatakan turut berlaku di sebuah sekolah pondok di Tarate Selatan, Desa Pandian, Madura dekat sini.

Jemaah yang bersolat tarawih di situ didakwa menyempurnakan ibadat tersebut sebanyak 20 rakaat ditambah dengan tiga rakaat solat witir hanya dalam tempoh 10 minit sahaja, lapor Utusan.

Walaupun agak pantas, namun, kebanyakan jemaah dikatakan mengerjakan solat tersebut dengan begitu khusyuk sekali.

Difahamkan, solat tarawih kilat itu telah dilaksanakan sejak berpuluh-puluh tahun lalu di situ.

“Kebanyakan jemaah mahu solat ini dipercepatkan kerana banyak urusan yang perlu dilakukan pada sebelah malam.

“Walaupun ringkas dan kelihatan padat namun, jumlah jemaah boleh dikatakan sentiasa ramai hampir setiap malam,” kata pemilik Pondok Pesantren Tarate Selatan, KH Abd. Rahem.

Jelas Abd. Rahem, setakat ini, belum ada mana-mana jemaah membuat aduan kerana solat tarawih itu dilaksanakan begitu cepat.

Malah katanya, ada dalam kalangan jemaah yang mahu tempoh tersebut disingkatkan lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.