Sikap Tamak Punca Harumanis Tak Laku

KUALA LUMPUR – Perbuatan sesetengah pihak di Perlis yang cuba mengawal bisnes buah harumanis dengan menetapkan harga terlalu mahal menjadi punca utama buah tersebut gagal dipasarkan secara meluas di Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama lain di negara ini.

Bahkan apa yang lebih memburukkan, tindakan pihak-pihak tersebut telah menyebabkan berlakunya lambakan harumanis di Perlis sehingga ada buah yang menjadi busuk di pokok dan terpaksa dibakar.

Sehubungan itu, difahamkan, harga semasa yang ditetapkan pengusaha harumanis sekitar RM15 hingga RM30 sekilogram dan jika buah itu dibawa dan dijual di ibu kota sudah tentu ia terpaksa dijual lebih mahal sekali ganda.

Sementara itu, Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Ahmad Ishak berkata, dengan harga yang mahal diperoleh daripada pengusaha harumanis di Perlis, adalah sukar untuk buah tersebut dijual secara meluas di Kuala Lumpur, lapor kosmo.

Katanya, jika dijual di pasaran Kuala Lumpur, buah harumanis perlu bersaing dengan buah mangga import lain yang jauh lebih murah berbanding buah ikon negeri utara itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.