Sengketa Keluarga PM Singapura Kini Semakin Memuncak

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, kini dilanda krisis dengan dua adik-beradiknya. Mereka dikatakan telah hilang keyakinan terhadap Hsien Loong hinggakan ke satu tahap salah seorang daripada adiknya, Lee Hsien Yang mengumumkan untuk meninggalkan Singapura.

Hsien Yang adalah pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Singtel.

Seorang lagi adalah adik perempuannya, Dr Lee Wei Ling. Ia dimuatnaik dalam kenyataan enam muka surat itu dalam Facebook pada pukul 2 pagi.

Persengketaan dalam keluar Hsien Loong mendapat perhatian pada awal tahun lalu selepas Dr. Lee menuduh abangnya menyalahguna kuasa sempena majlis memperingati ulang tahun kematian bapa mereka, mendiang Lee Kuan Yew.

Dan kenyataan enam muka surat bertajuk “What has happened to Lee Kuan Yew’s values?” yang dikeluarkan hari ini menjadikan persengketaan itu semakin tegang.

Hsien Loong dituduh menyalahguna kedudukannya sebagai Perdana Menteri untuk agenda peribadi. Pencetus kepada perbalahan itu adalah mengenai rumah pusaka Kuan Yew di 38 Oxley Road.

Mengulas mengenai perkara berkenaan, Hsien Loong berkata, beliau percaya sebarang perbezaan sepatutnya kekal di dalam keluarga.

“Sejak bapa saya meninggal dunia pada Mac 2015, sebagai anak sulong saya telah mencuba sebaik mungkin untuk menyelesaikan isu berkenaan di kalangan keluarga, sebagai menghormati ibu bapa kami,” katanya yang menyifatkan kenyataan adik-beradiknya itu telah menyakiti legasi bapa mereka.

Hsien Loong kini sedang bercuti di luar negara bersama dengan keluarganya dan akan mempertimbangkan perkara itu selepas kembali ke Singapura hujung minggu ini.

Perkembangan ini sedang diawasi secara dekat oleh penganalisis yang menyifatkan `bahaya’ sebenar datangnya daripada dalam keluarga Hsien Loong sendiri.

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.