Rakyat Malaysia Tak Terlibat Dalam Kebakaran Grenfell Tower 

PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada warganegara Malaysia terlibat dalam insiden kebakaran di Grenfell Tower, North Kensington, London pada awal pagi hari ini.

Sehubungan itu, Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, mana-mana warganegara Malaysia yang berada di sekitar kawasan kejadian dan memerlukan bantuan boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London.

“Kementerian Luar Negeri melahirkan rasa simpati kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam insiden ini,” katanya, lapor Kosmo.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London yang beralamat No. 52, Bedford Row London WC1R 4LR atau hubungi talian 44 207 235 8033 atau menerusi email mwlondon.kln@1govuc.gov.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.