Pelajar Sangat Cantik Dan Pintar Akhirnya…

Seorang mahasiswi cantik dan sangat bijak, Miranda Williams, 19 berusaha mencari teman selepas berpindah ke Universiti Bristol untuk belajar dalam bidang falsafah.

Bagaimanapun, beliau diserang penyakit hati dan meninggal dunia selepas pengambilan ubat berlebihan di kamar asrama universiti ya.

Menurut Tribunnews, pemeriksaan atas kematian gadis itu, mendapati kakitangan di universiti menelefon perkhidmatan kecemasan 999 sebanyak empat kali pada malam 12 Oktober 2016.

Mereka menunggu ambulan hampir tiga jam memandangkan keadaan Miranda yang semakin memburuk.

Namun, pasukan pemeriksa mayat berkata, jikapun ambulan tiba tepat waktu, tidak akan menghalang kondisinya, lapor Bristol Post.

Mangsa selepas itu, dipindahkan ke rawatan pakar di King ‘s College London.

Miranda didapati terlebih mengambil ubat terlarang di asrama Bristol University.

Sehubungan itu, ada sebuah catatan, yang menunjukkan keinginan Miranda bunuh diri dijumpai di kamarnya.

Ibu Miranda, Nikki Williams, memberikan penghormatan kepada anaknya yang “bijak dan cantik” itu.

Dalam sebuah pernyataan, dia berkata: “Miranda adalah putri, saudara perempuan dan teman yang bijak dan cantik. Kami mencintainya dan sangat bangga padanya.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.