Netizen Kecewa Lelaki Perli Jemaah Hanya Datang Untuk Makan

Seorang jemaah di sebuah surau di Pulau Pinang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan yang diberikan terhadapnya sewaktu berbuka puasa di surau tersebut.

Menerusi perkongsian di media sosial Facebook (FB) Penang Kini, kejadian berlaku sebelum masuk waktu berbuka minggu lalu semasa jemaah sedang beratur mengambil juadah berbuka puasa.

Semasa beratur dan mengambil lauk, seorang wanita telah mengambil seekor udang dan diletakkan di dalam pinggannya namun dia ingin menambah lagi dua ekor udang kerana terdapat banyak lagi udang di dalam periuk.

Semasa dia cuba untuk menambah lauk itu ke dalam pinggan, tiba-tiba seorang lelaki dipercayai AJK Surau telah menghampirinya dan berkata:

”Datang nak makan je kan, bukan nak sembahyang pun, jadi ambil satu cukuplah!”

Wanita itu kemudian berasa amat terkejut dan malu dengan kata-kata tersebut.

Sementara itu, rata-rata netizen yang membaca perkongsian tersebut di FB menyifatkan lelaki tersebut terlalu lantang dan menegur dengan cara yang keras dan tidak sopan.

Ramai yang berpendapat sebagai orang Islam, lebih-lebih lagi berada di bulan Ramadan, dia sepatutnya lebih berhemah dan menegur secara lembut tanpa mengaibkan orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.