Lebihan Pengeluaran Minyak Dunia Punca Kejatuhan Harga

SINGAPURA – Harga minyak jatuh sebanyak satu peratus dalam dagangan awal hari ini selepas data menunjukkan peningkatan dalam stok minyak mentah Amerika Syarikat dan OPEC melaporkan kenaikan dalam pengeluaran.

Brent niaga hadapan minyak mentah berada pada AS$48.25 setong pada 0039 GMT, turun satu peratus daripada penutup terakhir. West Texas Intermediate (WTI) pula pada harga AS$45.94 setong, turun 1.1 peratus.

Harga jatuh berikutan lebihan bekalan yang berterusan sebanyak lebih daripada 10 peratus sejak akhir bulan Mei walaupun OPEC mengurangkan pengeluaran sebanyak hampir 1.8 juta tong sehari (bpd ) sehingga akhir suku pertama 2018.

Pematuhan OPEC sendiri turut dipersoalkan dan kumpulan pengeluar berkata, dalam satu laporan minggu ini bahawa output meningkat sebanyak 336,000 tong sehari pada bulan Mei kepada 32.140 juta tong sehari.

Aktiviti penggerudian yang berterusan telah meningkatkan jumlah output sebanyak 10 peratus sejak tahun lepas kepada 9.3 juta tong sehari, tidak jauh daripada pengeksport utama Arab Saudi.

“Tinjauan harga minyak bergantung kepada keberkesanan pengurangan OPEC kepada kenaikan bekalan syal Amerika Syarikat,” kata William O’Loughlin, penganalisis di Rivkin Sekurities Australia.

Data dari Institut Petroleum Amerika menunjukkan stok minyak mentah Amerika Syarikat melonjak sebanyak 2.8 juta tong pada minggu berakhir 9 Jun kepada 511.4 juta berbanding jangkaan penurunan 2.7 juta tong.

Dengan lambakan bekalan, pasaran memerlukan permintaan kukuh tetapi setakat ini petanda merosot.

Permintaan tenaga global berkembang sebanyak satu peratus pada tahun lalu, kadar yang sama pada tahun sebelumnya dua tahun lalu tetapi masih rendah purata 10 tahun daripada 1.8 peratus, menurut penanda aras semakan statististik World Energy.

Terdapat tanda-tanda kemerosotan permintaan di China disebabkan ekonominya yang lembab dan loji penapisan telah menghasilkan terlalu banyak bahan api untuk pasaran. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.