Kepala Budak Perempuan Tersangkut Pada Lubang Katil Urut

SEORANG kanak-kanak perempuan berdepan detik cemas apabila kepalanya tersangkut pada lubang katil urut dalam kejadian di Jalan Temenggong, Taman Ros, Ipoh, Perak pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.17 pagi itu, kepala kanak-kanak berusia tiga tahun itu tersepit sebelum diselamatkan anggota bomba dan penyelamat.

Kepala mangsa dibawa keluar selepas anggota bomba menggunakan gunting dan pisau bagi memotong kulit jenis PVC dan span di sekeliling lubang katil urut.

Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada ibu bapanya.

Kejadian tersebut menjadi tular di laman sosial dan netizen kecam tindakan ibu bapa yang leka sehingga anak-anak melakukan perkara yang boleh membahayakan diri mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.