DAP Salahkan MCA Sebab Edaran Kurma Bazar Ramadan

Dalam beberapa hari ini, kurma menjadi popular di media sosial. Ia popular selepas berlaku provokasi di Bazar Ramadan Bandar Kluang.

Kekecohan itu mendapat perhatian selepas video rakaman di mana Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkibol, Tan Hong Pin dan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kluang, Radzali Mohd. Noor yang berkunjung ke bazar tersebut telah dihalau, menjadi tular di media sosial.

Namun sebenarnya orang Melayu di situ masih marah dengan tindakan DAP yang pernah meminta bazar Ramadan itu ditutup pada 2007.

Walaupun sudah 10 tahun berlaku, namun peniaga masih satu ketika dulu. Sudah tentu mereka dengan terkesan dengan keputusan menutup perniagaan mereka dan disebabkan itulah rombongan DAP yang diketuai oleh Liew itu tidak dialu-alukan.

Liew bagaimanapun menafikannya dan cuba bermain politik dengan menyatakan bahawa MCA ialah dalang di sebalik keputusan penutupan berkenaan.

Ternyata DAP cuba mengalihkan isu dengan melibatkan parti politik lain walaupun MCA tiada masalah untuk ke bazar berkenaan.

Malah bekas Adun Mengkibol, Gan Ping Sieu dari MCA memberitahu beliau sudah beberapa kali melawat bazar itu dan tidak pernah dihalau oleh peniaga di bazar berkenaan.

Jadi pengajaran di sini ialah, jika kita saling hormat-menghormati maka tidak akan berlaku masalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.