Cucu Lee Kuan Yew Dakwa Keluarganya Terpaksa Berpindah Ke Luar Negara


Anak saudara Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, hari ini mendedahkan mengenai persengketaan dalam keluarga mereka dan bagaimana keluarganya sudah tidak boleh bertoleransi lagi dengan `salah guna kuasa’ terhadap keluarganya.

Li Shengwu, yang merupakan anak kepada Lee Hsien Long berkata, keadaan sangat teruk hinggakan keluarganya merancang berpindah ke luar negara.

“Saya biasanya mengelakkan mengulas mengenai politik Singapura, tetapi ini adalah satu pengecualian.

“”Dalam beberapa tahun yang lalu, keluarga saya telah menjadi semakin bimbang tentang kekurangan pemeriksaan ke atas penyalahgunaan kuasa.

“Situasi itu menyebabkan ibu bapa saya membuat rancangan untuk berpindah ke negara lain, satu keputusan yang bukan mudah untuk dibuat,” katanya.

Hsien Yang dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan akan keluar dari Singapura selepas kecewa dengan abangnya yang juga Perdana Menteri Singapura.

Cucu mendiang Kuan Yew ini turut memuatnaik kenyataan yang dibuat oleh Hsien Yang dan adiknya Dr Lee Wei Ling, yang bimbang Hsien Loong mengutamakan populariti peribadi dan agenda peribadi berbanding kesejahteraan rakyatnya.

Entri yang ditulisnya dalam Facebook telah menerima banyak respons dengan ada yang memujinya kerana berani.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.