Celcom Digesa Bayar Ganti Rugi

KUALA LUMPUR – Syarikat Telco Celcom digesa agar membayar ganti rugi kepada pengguna ekoran daripada masalah talian dan internet.

Menurut Naib Ketua Parti Amanah Negara (PAN), Shazni Munir Mohd Ithnin berkata masalah yang dihadapi oleh pihak Celcom antara jam 7 pagi hingga jam 9.30 pagi pada 13 Jun lalu perlu dipandang serius.

“Malah di sesetengah lokasi, gangguan berlaku lebih lama hingga menyebabkan para pengguna menanggung kerugian dalam tempoh tersebut.

“Lebih sedih, gangguan berlaku ketika waktu puncak dan syarikat berkenaan hanya melampirkan seperenggan permohonan maaf, tanpa sebarang komitmen ganti rugi,” katanya dalam satu kenyataan.

Ekoran daripada itu, pengguna Celcom menggunakan laman sosial sebagai medium untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap gangguan yang berlaku namun respond yang diberikan oleh Pihak Celcom sangat mendukacitakan.

 

“Semakan di twitter rasmi Celcom hingga jam 12.40 pagi hari ini, seramai 2,217 orang telah ‘retweet’ dan 127 orang telah membalas permohonan maaf yang dilampirkan.

“Sekitar 3,400 individu yang komen di facebook. Ribuan ‘share‘ dan ’emoticon’ pula jelas menggambarkan perasaan tidak puas hati pengguna.

“Malangnya, jawapan yang diberikan Celcom sekadar melepaskan batuk di tangga. Menggunakan ‘autoreply’ mungkin,” ujarnya.

Justeru itu, beliau mengesa agar celcom membayar ganti rugi dalam bentuk data internet tambahan dan pangilan dan sms secara percuma selama sehari.

“Demi memenuhi tanggungjawab sosial, Pemuda PAN menuntut agar Celcom bayar ganti rugi dalam bentuk data internet tambahan (minimum) sebanyak 3GB serta talian dan SMS percuma ke semua rangkaian telco selama sehari.

“Bagi pengguna postpaid, rebat sebanyak 10 peratus harus diberikan untuk bil bulan ini, selari dengan sikap Celcom sendiri yang cukup berkira sekiranya pengguna lambat menjelaskan bayaran bulanan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.