3 Maut, 6 Parah Nahas Di Kilometer 327.2 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)

PERJALANAN pulang sembilan warga Thailand bertukar tragedi apabila tiga maut dalam nahas di Kilometer 327.2 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), dekat Kerteh, Terengganu, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 pagi itu, van yang dinaiki mangsa dipercayai merempuh belakang sebuah lori yang membawa muatan baja dipandu oleh Jamil Lisut, 56.

Rempuhan terbabit menyebabkan van jenis Toyota Commuter itu remuk teruk dan kesemua mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing.

Difahamkan, kesemua mangsa itu dari Kuantan, Pahang dan dipercayai dalam perjalanan pulang ke kampung mereka di Pattani, Thailand.

Ketiga-tiga mangsa yang maut termasuk seorang daripanya putus kaki adalah lelaki.

Seorang wanita berusia 41 tahun yang juga belum diperolehi identitinya dilaporkan kritikal manakala empat lagi yang parah dan hanya dikenali sebagai Nasmee,16; Royita, 30; Kado, 53, serta pemandu van, Mohd Nasri, 41, diberi rawatan di Hospital Dungun sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Seorang lagi lelaki yang turut parah dalam kejadian itu dan belum diperolehi identitinya pula dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan lanjut.

 Perjalanan Pulang Bertukar Tragedi: 3 Maut, 6 Parah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh, Pegawai Bomba Kanan II Alias Latif berkata, 10 anggota bomba dari Balai Bomba Kerteh dan Paka dengan dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi didapati kesemua mangsa tersepit di dalam kenderaan mereka dan pihaknya mengambil masa selama 15 minit untuk mengeluarkan semua mangsa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.