2 Mufti Bertemu Lepas Tuduhan ‘Penyelewengan’ Islam Jawi Jais

Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid mengunjungi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad di ibu negara.

Kunjungan hormat itu dibuat semalam selepas tercetusnya kontroversi berkaitan dakwaan “penyelewengan” Zulkifli, yang memerlukan keputusan Tamyes.

“Ahlan wasahlan kepada Sahibus Samahah Datuk Setia Haji Mohd Tamyes Bin Abd Wahid, Datuk Seri Utama Diraja Mufti Selangor dan Sohibul Fadhilah Hj Mohd Basori Umar KPP Bahagian Dakwah JAIS yang melakukan kunjungan hormat ke pejabat kami.

“Semoga tautan ukhwah Islamiah hingga ke jannah. Amin,” tulis pejabat mufti Wilayah di Facebook beliau semalam.

Gambar pertemuan kedua-dua tokoh agama itu juga dimuat naik ke Internet.

Pejabat itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab sebenar kunjungan itu atau sama ada dakwaan pendakwah lantang Zamihan Mat Zin (bawah) dibincangkan dalam pertemuan empat mata itu.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi kedua-dua mufti itu.

 

Tamyes pada 9 Jun lalu berkata dakwaan yang dibuat terhadap jawatankuasa tauliah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) itu akan diteliti dalam mesyuarat terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.

Tiga hari sebelum itu, Zamihan mencetuskan kontroversi selepas gambar slaid pembentangannya bertajuk “Penyelewengan mufti Wilayah Persekutuan dan kaitannya dengan ajaran Wahabi” kepada Mais menjadi tular.

Zamihan di Facebook mengakui membuat pembentangan itu tetapi tidak menghuraikan maksud “penyelewengan” yang didakwanya.

Beliau hanya mendedahkan ia berdasarkan muzakarahnya dengan Zulkifli di Putrajaya pada 19 Januari lalu.

Malaysiakini minggu lepas telah cuba menghubungi Zulkifli bagi mendapatkan reaksinya tetapi tidak berbalas. Beliau ketika itu berada di luar negara.-Malaysiakini

One thought on “2 Mufti Bertemu Lepas Tuduhan ‘Penyelewengan’ Islam Jawi Jais

  • June 14, 2017 at 9:54 am
    Permalink

    Ini kerja2 si Zamihan Al-Larie(Pegawai Jakim) dan Mahpus(AJK Petauliahan MAIS)…. Yang dok pi layan mereka2 nie buat apa…???? Mabuk ketum….!!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.