Video : Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Rafizi

Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim

 

KUALA KANGSAR – Polis Perak membuka kertas siasatan terhadap Rafizi Ramli, berhubung kenyataan dibuat berunsur ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ceramahnya pada 9 Jun lalu.

 

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya telah membuka kertas sisasatan dibawah Seksyen di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

 

“Setakat ini saya belum pasti (perkembangan mengenai perkara itu). Saya kena siasat balik.

 

“Kalau dia bergurau pun, ini merupakan isu ugutan kita akan siasat dibawah seksyen 506,”katanya ketika ditemui di pusat pengundian awal Dewan Tun Salleh Ismael, Kompleks Perumahan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar, hari ini.

 

Ditanya mengenai nasihatnya kepada parti-parti lain berhubung ceramah dan kempen yang dijalankan dalam PRK ini, Abdul Rahim berkata, agar parti-parti yang bertanding atau penceramah-penceramah di sini agar tidak membuat provokasi terhadap satu sama lain.

“Janganlah melibatkan isu-isu perkauman, keagamaan dan juga kebudayaan yang boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara,”katanya.

 

Terdahulu, beliau berkata, PRK di Kuala Kangsar disifatkan sebagai harmoni dan merupakan PRK yang paling aman.

 

Katanya, setakat ini belum ada kejadian yang tidak diingini berlaku di kawasan itu.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.