Video : ‘Azmin Ali Tak Beri Pengaruh Di Perak’

Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim

 

KUALA KANGSAR – Calon Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad, menyifatkan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali tidak memberi kesan langsung kepada karier politinya di sini.

 

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai tindakan Menteri Besar Selangor itu yang akan menyokong calon Parti Amanah Negara, Dr Ahmad Termizi Ramli.

 


“Saya tidak ada masalah. Itu terpulang kepada mereka. Itu hak mereka untuk memilih sesiap sahaja mereka mahu.

 

“Sekarang ini kita berada di negeri Perak, Azmin di negeri Selangor, saya rasa pengaruh Azmin lebih di Selangor. Di Perak ni saya tak nampak. Saya rasa di Perak ini, kuranglah pengaruh Azmin. Apa yang dilakukan oleh Azmin lebih terkesan di Selangor berbanding di negeri Perak,”katanya.

 

Terdahulu, Azmin tetap akan menyokong calon Pan di Perak sebagai memberi sokongan kepada Pakatan Harapan.-SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.