Warga Emas Britain Jadi Pasangan Tertua Berkahwin Di Dunia

Eastbourne – Seorang lelaki berusia 103 tahun yang berkahwin dengan seorang wanita berusia 91 tahun di Britain, menjadi pasangan tertua di dunia ke jinjang pelamin.

 

George Kirby mengahwini teman wanitanya selama 27 tahun, Doreen Luckie, di sebuah hotel di Bandar Eastbourne, selatan England.

 

Pengantin perempuan memakai gaun berwarna putih yang berbunga biru, manakala pengantin lelaki yang juga seorang bekas peninju, memakai sut hitam sambil duduk di sebuah kerusi roda, kerana terjatuh baru-baru ini.

 

Dengan jumlah usia mencecah 194 tahun, pasangan berkenaan memecahkan rekod yang dipegang pasangan dari Perancis, Francois Fernandez dan Madeleine Francineau, dengan jumlah usia 191 tahun.

 

Luckie berkata, mereka tidak kesal berkahwin pada usia tua.

 

“Kami tidak peduli mengenai perkahwinan sebelum ini, tetapi akhirnya kami berkahwin juga,” katanya.

 

Kedua-dua warga emas ini mempunyai tujuh anak, 15 cucu dan tujuh cicit.

 

Menurut laporan Daily Mail, pasangan ini telah bertunang pada Hari Kekasih tahun ini.

 

“Saya tidak melamarnya lebih awal, kerana saya tidak rasa boleh bangun selepas melutut (untuk melamarnya),” kata Kirby.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.