Video: Pakaian Nampak Alat Sulit, Farah Dakwa Pengkritiknya ‘Tin Kosong’

Kuala Lumpur – Atlet gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi hari ini ‘menyerang’ mereka yang mengkritiknya kerana mengenakan pakaian yang kononnya menunjukkan lurah ‘alat sulitnya’ semasa di Sukan SEA 2015 di Singapura.

 

Farah Ann, melalui laman Twitternya, menulis peribahasa “empty cans make the most noise,” atau ‘tong kosong berbunyi nyaring’ , yang membawa maksud orang kurang pengetahuan yang suka bercakap kosong.

 

 

Kritikan ke atas atlet yang berusia 21 tahun itu bermula apabila sebuah stesen televisyen swasta memuatnaik gambar yang dikatakan menjolok mata, selepas dia memenangi pingat emas ketiga skuad gimnastik pada Rabu melalui kategori rutin lantai.

 

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin ketika mengulas mengenai perkara itu berkata, Farah Ann tidak seawajarnya diganggu dan biar Tuhan sahaja yang menghakimi beliau.

 

Khairy melalui akaun Twitternya, mempertahankan Farah yang dikritik kerana tidak menutup aurat, sambil menyeru supaya jangan mengganggu atlet negara itu.

 

Tweet Khairy itu mendapat pelbagai reaksi yang banyak menyokong komennya itu.

 

Anak mantan Perdana Menteri, Marina Mahathir, turut bertanya di dalam laman Facebooknya, apakah sumbangan mereka yang menghabiskan masa mereka dengan melihat bahagian sulit atlet, kepada negara.

 

Ada juga yang bertanya adakah lebih baik sekiranya atlet gimnastik memakai jubah dan tudung?

 

Kritikan antara lain berkata Farah Ann tidak akan mendapat pahala dan harus menjawab di akhirat nanti.

 

Namun demikian, ada juga yang mempertahankan pakaian itu, dengan menyifatkan Farah Ann sudah mengharumkan nama negara dengan pingat emasnya selain tidak bersalah kerana memakai pakaian yang bertepatan dengan sukan yang disertainya.

 

Sementara itu Pakar Psikologi di Jabatan Psikologi Perkembangan Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Mariani Mohd. Nor berkata, sifat menghentam dan suka melihat keburukan orang lain dilihat satu fenomena biasa yang berniat sengaja untuk tujuan sensasi.

 

Beliau turut menggesa agar masyarakat bersikap adil terhadap gimnas negara itu yang dikatakan memuat naik gambar menunjukkan lurah farajnya.

 

“Selalunya ini memang biasa bagi sifat manusia. Kita tidak nampak kebaikan namun nampak keburukan, rakyat kita memang bising bila ada aksi atau gambar yang menunjukkan lurah faraj, tetapi diam sahaja bila tengok drama atau filem yang melakonkan aksi peluk-peluk. Tetapi realitinya memang kita tahu keadaan berpakaian begitu memang haram.

 

“Namun apa beza apabila melihat lelaki dan perempuan berpelukan? Adakah itu tidak disensasikan juga, kalau kita lihat drama atau filem, ini memang berlaku dalam apa yang kita tonton seharian.

 

“Contohnya suami isteri yang berlakon berpelukan sehingga ada babak di ranjang, mengapa itu tidak disensasikan juga? Aksi gimnas itu mungkin tidak disengajakan atau memang rakyat sengaja mencari isu sensasi, itu hakikatnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

 

Bagaimanapun ada juga pengguna media sosial yang menyifatkan Farah sudah mengharumkan nama negara dengan pingat emasnya selain tidak bersalah kerana memakai pakaian yang bertepatan dengan sukan yang disertainya.

 

Dalam pada itu kata Dr. Mariani, masyarakat juga diminta tidak menyalur perasaan marah mereka di media sosial sekali gus memburukkan keadaan. Farah Ann juga meraih perak dalam acara keseluruhan individu

 

“Kalau yang komen itu orang alim sekali pun, apabila dia sudah memberi komen di media sosial dan ulasan mengenai sesuatu isu itu kemudian ditokok tambah pembaca lain, pasti ia akan memburukkan lagi keadaan.

 

“Memang sikap manusia suka mengupas isu-isu sensitif namun di sebalik itu haruslah diambil iktibar dan lihat dalam konteks jika ia terjadi kepada anak, isteri atau ahli keluarga kita sendiri.

 

“Secara logiknya, takkan kita hendak bermain gimnastik dalam keadaan berjubah, masyarakat sebegini hanya menunggu masa hendak memberi kupasan hebat dan mensensasikan isu, kata orang tunggu hendak petik suis sahaja,” jelasnya.

15 thoughts on “Video: Pakaian Nampak Alat Sulit, Farah Dakwa Pengkritiknya ‘Tin Kosong’

  • June 14, 2015 at 9:49 am
    Permalink

    Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kite akan berada di alam mahsyar. para sahabat rasulullah saw tanye,mahsyar kat mane? Jawab rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mane bumi ini dihamparkan. tak de pokok,tak de sungai,gunung ganang,tempat berteduh dan tiada bertepian.ini terjadi bile malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali. kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2. lalu manusia bertanye sesame sendiri,dimana kita? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusiake mahsyar. bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yangbersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.rujuk surah yasin ayat 52-54. ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluq pada hari tu. Saidatina Aisyah ra pernah bertanya rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.rujuk surah a’basa ayat 37(80:37).Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang,ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan,dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi.kena tunggu entah berapa lama. lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab. jawab nabi adam dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa.pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh,musa,isa, dan ibrahim tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing2. lalu pergi semua manusiakepada nabi muhammad saw,lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.Bayangkan semasa menanti perbicaraan,adaorang dah mintak kat Allah awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar. bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je, dek padatnya manusia pada haritu.Sebelum hisab bermula, kitab3 amalan kite akan turun dari arash. mase tu tahulah kite tangan mane yang sambut kitab tu. kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kite, masih tak menjamin kite ke syurga.kemudian Allah panggil sorang2 untuk dihisab. sebelum Allah mule hisab, Allah suruh kite bace semua amalan yang tercatat dalam buku kite disaksikan semua manusia. tak de satu pun tertinggal. lepas habis bace Allah akan tanye kite 3 soalan.1)adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid2)tak ingat3)apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.Setelah ditimbang di al mizan,didapati pahala kite melebihidosa kita. seolah-olah sikit lagi kite ke syurga, tetapi final check Allah buat. Allah tanye kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka. antara yang mula2 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2, etc. jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kite tadi terpaksa bagi kat diorang. Jika pahala dah habis, dosadiorang pulak kite tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tp effect jugak orang2 yang kita sayang. Ayahkita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat. Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kite kejar populariti,nak terkenal,takut tak tertanggung kesannye kat akhirat nanti. Kedua,jagalah amanah dan kejujuran kite sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kite akan membantu.Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang..

    Reply
  • June 14, 2015 at 9:54 am
    Permalink

    M’gingatkan tk salalah… Yg pasti Kita Akan mati… Masa hidup ini boleh mcm mcm ckp… Bila mati.. Bercakap ckp semahunye.. Kilauea ckp… Kau fikir lh sendiri…

    Reply
  • June 14, 2015 at 4:06 pm
    Permalink

    Haramkan sukan gimnastik untuk wanita islam..apalah gunanya pingat mas kalau sampai sanggup melawan hukum allah….jangankan pingat emas. .payung emas pun x sanggup…kita semua akan terkena tempiasnya….tak rugi pun klau x de pingat…

    Reply
  • June 14, 2015 at 4:24 pm
    Permalink

    Khairi x layak mengomen xper ada baju yg lbh sopan pakai seluar tight baju boleh dibuat bukan masalah jubah bongok betul admin asyik asyik ckp takan pakai jubah takan setakat tu je pemikiran kamu pakai biar tutup alat sulit tu perlu nampak smpai sedemikian rupa bru boleh menang aku x faham btl senang jgn masuk bahagian sukan yg tiada keredhaan Allah hurmm

    Reply
  • June 15, 2015 at 1:50 am
    Permalink

    Aku suka benar dgn pmikiran sume org baik dr yg rakyat yg bangang, prof yg bangang sampai lah kesume menteri yg bangang.. anda semua telah bjya.. bjaya mengadaikan maruah anak islam khusus nya wanita islam.. masalah hukum hakam tuhan bukan ttangung atas org alim shj.. sume kita menanggung.. TAHNIAH buat ratu gimas kita krn meraih pingat emas buat Negara sehingga nampak lurah pukinya.. seluruh manusia x kiralah dia alim ka, jahil ka telah menjadi fitrah org laki dia suka tgk pompuan tambah yg bagi free bole tgk lubang pantat.. lebai atas kepala pun ole buang.. bukan masalah lebai, alim dn sebagainya.. dh nama manusia kalu bagi tgk, apa lagi pulun la.. Dosa pahala sume tu keja tuhan.. kita tggu la, kalu rasa mampu nak tanggung siksa Allah buat la, kalu berasa teguran saudara seislam ni tin kosong, tpulang..bersyukurlah kalu ada org nak tegur.. yg nak sokong.. sokonggg, tumpang semangkok atas kebodohan walaupun prof atau menteri sekalipun..yg penting Jangan Ganggu atlet kami..

    semoga Allah pilihara Wanita muslimahKu dari Fitnah..

    Wahai org² beriman! peliharalah diriMu dan KeluargaMu dari AZAB api Neraka yg amat pedih..

    Reply
  • June 15, 2015 at 3:02 pm
    Permalink

    sebagai org Islam yang mencari redha Allah, saya sokong pembabitan gimnastik diharamkan kpd wanita muslimah dan juga muslimin…yang haram tetap haram, carilah sukan yang halal…kasihan pada pak menteri yang mengeluarkan statement tanpa berlandaskan hukum Allah…

    Reply
  • June 15, 2015 at 9:46 pm
    Permalink

    aku ingat yg bertudung dan peluk cium artis korea lagi teruk.. dia nii membanggakan Negara !? Sekarang cuma bertudung jerrr… tapi boleh dilihat beromen dilake garden dll tempat ..muftaik tak komen apa pun !!>>

    Reply
  • June 15, 2015 at 10:55 pm
    Permalink

    Melalui kaca mata agama, di dunia ini sahaja kita dapat tegur-menegur, ingat-mengingati dan tolong-menolong sesama kita kerana tidak ada sesiapa lagi yang dapat menolong kita di dalam kubur nanti melainkan amal hidup kita masa didunia.TUJUAN TIDAK BOLEH MENGHALALKAN SEMUA CARA. Kepada yang semua yang berkenaan…khususnya yang menganggap teguran, ingatan,pertolongan dan kritikan ini hanya sebagai tin kosong …TUNGGULAH kerana kita sama-sama MENUNGGU saat yang telah dijanjikan…

    Reply
  • June 16, 2015 at 7:34 am
    Permalink

    Kesiannya Farah Ann bt Abd Hadi… Kesiannya bapa dia En Abd Hadi… Kesiannya saudara2 lelaki Farah Ann ni….. Kesiannya mentari sukan saudaraku Khairi… Kesiannya org bijak pandai Prof Madya Dr Mariani…. Kesiannya NGO2, Pro2, Gro2… Kesiannya org2 alim….., Kesiannya ustaz2,….. Kesiannya org2 tak alim mcm aku….
    Sebenarnya Allah dah banyak tunjuk pengajaran dari zaman2 nabi hingga kejadian gunung kinabalu… yakinlah aku terutamanya dan saudara2 ku… setiap yg telah Allah jadikan itu bukan secara kebetulan dan sia2..
    so sama2 kita tunggu lpas ni apa yg Allah nak tunjukkan pd kita…. dan adakah yg bakal berlaku ni kita masih katakan ‘kebetulan’ / takde kene mengena / faktor sains / fenomena itu ini dan sebagainya…

    Reply
  • June 20, 2015 at 9:36 am
    Permalink

    Dapat pingat emas dengan menggadai maruah diri seagai wanita Islam, dimana untungnya samada didunia tambahan diakhirat. Perasaan malu adalah salah satu dari cabang iman, kalau dah hilang perasaan malu apa guna mengaku waita solehah. Heran sugguh saya dengan ibubapa wanita ini, sanggup membiarkan anak gadis mempamir aurat yang ditegah oleh Allah.

    Reply
    • October 5, 2017 at 1:24 pm
      Permalink

      APAkah lu sudah cukup pahala yg lu confirm masuk syurga ka Rubiah?

      Reply
  • July 28, 2015 at 10:52 pm
    Permalink

    Kita tak akan ditanya apa-apa tentang dosa orang lain. Memadai saja lihat dan fikir dengan akal sendiri; tak perlu memberi apa-apa komentar.

    Setiap komen akan dibaca lalu orang lain akan menilai pula tahap intelek orang yang memberi komen. Ironinya jika kritik kita penuh berapi, yang mengkritik itu pun tidaklah sebagus mana, kemungkinan besar lebih teruk dari mereka yang dikritik.

    Reply
  • November 21, 2017 at 10:35 am
    Permalink

    BABILAH Orang yang konon2nya hebat sangat pengetahuan agamanya lalu menjatuhkan hukum mengatakan orang itu tak beriman. Pdahal lu suma tau yang kita sendiri pun tak tau apa hubungan dia dengan ALLAH swt! Dalam hadis pun terang 2 dah bagitau Celakalah orang yang beriman tapi tak buat apa yang diperintahkan oleh allah keatas diri dia sendiri. Ada baik lu olang check diri masing2 sebelom nak kecam. MENGATAKAN ORANG PAKU SERPIH, MENGATAKAN ORANG AWAK YANG LEBIH. ANJING! ANTI USTAZ USTAZAH JADIAN! Dapat jumpa aku ludah muka diorang! HAK TUIIHH!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.