Video: Lengan Bekas Bintang Ragbi Patah, Ketika Gusti Tangan

Queensland (Autralia) – Seorang bekas bintang pemain rugbi patah tangan kanan ketika sedang bergusti lengan dalam program televisyen ‘The Footy Show di sini.

 

Dalam acara yang disiarkan secara langsung itu, Ben Ross menentang Wendell Sailor yang juga merupakan bekas bintang ragbi.

 

 

Tidak lama selepas perlawanan itu berlangsung Ben dilihat menjerit sambil terduduk menahan kesakitan.

 

Lebih menggerunkan bunyi tangannya yang patah itu turut didengari oleh para penonton dan orang ramai yang berada di tempat kejadian.

 

Susulan insien tersebut, program tersebut terpaksa dihentikan serta merta.

 

Ben kemudiannya dirawat oleh petugas paramedik sebelum di kejarkan ke hospital di Sydney dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

 

Berikutan tragedi mengerikan itu, Wendell menyatakan dia tidak akan bergusti lengan lagi kerana serik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.