Remaja 15 Tahun Milik Syarikat Bernilai RM1.8j

California – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun kini mampu berbangga kerana dalam usia yang muda dia sudah mempunyai syarikat bernilai RM1.8 juta (AS$500,000).

 

Noa Mintz sebelum ini mencari duit poket dengan menjadi penjaga kanak-kanak sambilan tetapi disebabkan permintaan terlalu banyak menyebabkan dia mula berfikir untuk menubuhkan agensi penjagaan kanak-kanak, Nannies by Noa.

 

Agensinya itu kini sudah berkembang dan mempunyai hampir 200 pelanggan dengan jumlah pekerja tetap seramai 25 orang manakala pekerja sambilan seramai 50 orang.

 

Noa berkata, pada mulanya dia hanya membantu menjadi pengasuh untuk rakan ibunya sebelum mendapat semakin banyak permintaan.

 

Bermula dari situ dia mula membantu mencari pengasuh kanak-kanak yang lain untuk rakan-rakan ibunya.

 

Katanya, dia terpaksa mengupah seorang dewasa menguruskan agensinya ini kerana dia masih bersekolah dan tidak mempunyai kemahiran dalam menguruskan perniagaan termasuk mengawal kewangan syarikat. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.