Penunggang Basikal Jatuh Dari Puncak Bukit Damansara

Kuala Lumpur – Seorang lelaki nyaris maut selepas terjatuh di puncak bukit di Damansara Damai ketika menunggang basikal pagi tadi.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa dipercayai sedang beriadah dengan melakukan aktiviti berbasikal bersama dua lagi rakannya sebelum dipercayai hilang kawalan dan terbabas ketika turun dari bukit lalu terjatuh.

 

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, mangsa dipercayai terjatuh dari puncak bukit yang terletak hanya 1.5 meter dari jalan utama.

 

Menurutnya, anggota pasukan Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat kira-kira jam 11.15 pagi.

 

“Mangsa ditemui dalam keadaan sedar tetapi tidak boleh bergerak.

 

“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa cedera di belakang badan,” katanya.

 

Anggota bomba mengambil masa 20 minit untuk menurunkan mangsa dari kawasan lereng bukit berkenaan.

 

Mangsa yang berusia 37 tahun dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.