Pelancong Bogel Di Gunung Kinabalu Mohon Maaf

London – Salah seorang pelancong British yang dihantar pulang dari Malaysia selepas mengaku bersalah mengambil foto bogel di puncak Gunung Kinabalu di Sabah, menyatakan permohonan maaf selepas tiba di kediamannya pada Ahad.

 

Eleanor Hawkins, 23, salah seorang daripada empat pelancong Barat yang tiba di Kuala Lumpur pada Sabtu, dihantar pulang selepas didakwa.

 

“Saya tahu tingkah laku saya yang bodoh dan sedar berapa banyak kesusahan yang diakibatkan kepada penduduk tempatan di Sabah. Untuk itu, saya benar-benar memohon maaf,” katanya di luar kediamannya di Draycott, England.

 

Wanita tersebut tiba di Lapangan Terbang Heathrow, London pada pagi Ahad.

 

Sementara itu, ibu kepada pelancong tersebut Ruth berkata,” Dia tahu apa yang dia lakukan adalah salah dan kurang ajar, dia telah menyesal dan telah menerima akibat oleh pihak berkuasa Malaysia dengan menerima hukuman yang setimpal.”

 

Empat ditahan awal minggu ini selepas berlakunya gempa bumi pada 5 Jun yang mengorbankan 18 orang di Gunung Kinabalu, Sabah.

 

Sesetengah pihak di Malaysia telah menyalahkan tindakan sekumpulan pelancong berkenaan yang dikatakan menjadi penyebab kepada kejadian tersebut.

 

Kesemua mereka didenda sebanyak RM5,000 dan penjara tiga hari bermula tarikh mereka ditahan pada Selasa, oleh mahkamah tempatan pada Jumaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.