Video: ‘Panggilan Hangit’ Haram – Mufti Perlis

Kuala Lumpur – Rancangan panggilan hanggit atau seumpamanya, terbitan stesen radio adalah haram, tegas Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin.

 

Ujarnya, rancangan itu menakutkan, mempersenda serta memalukan mangsa yang ditelefon dan perbuatan itu boleh didengar oleh pendengar radio dii seluruh negara.

 

 

“Rancangan panggilan hangit ataupun yang seumpamanya yang dilakukan oleh stesen radio tertentu yang mengejutkan orang dipanggil, menakutkan, mempersenda dan memalukan mereka adalah sesuatu yang HARAM dari segi agama.

 

“Apatah lagi rancangan itu didengari oleh ramai pendengar dan menimbulkan rasa malu ataupun kejutan kepada pihak mangsa,” tulisnya di laman Facebooknya, pada Sabtu.

 

Mengukuhkan hujahnya Dr Asri berkata selain memalukan mangsa, rancangan panggilan hangit itu juga secara tidak langsung mendedahkan aib individu itu.

 

“Rancangan seperti itu hanya memperbodohkan mangsa dan menjadi mangsa bahan untuk ditertawa oleh orang ramai secara yang memalukan.

 

“Ia secara tidak langsung sering mendedahkan aib peribadi mangsa yang tidak sepatutnya,” katanya lagi.

 

Justeru Dr Asri berkata setiap daripada muslim hendaklah mengelakkan perbuatan menganiaya orang lain seumpama itu.

 

Radio Hot FM sebelum ini pada siaran 3 Jun lalu, menyiarkan kembali panggilan hangit yang melibatkan isteri kepada pemain bola T-Team, Nor Farhan.

 

Di dalam perbualan isterinya telah dihubungi oleh seorang wanita yang mendakwa Nor Farhan menghamilkan dirinya dan lelaki itu enggan bertanggungjawab.

 

Rakaman itu menjadi viral di laman internet dan rata-rata mereka menganggap ia tindakan melampau dan kurang sopan.

Dilaporkan Nor Farhan yang mendalangi panggilan itu bersama Hot FM telah meminta maaf atas perkara tersebut.

 

Panggilan Hangit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.