Pakatan Alu-Alukan Penyertaan PasMa – Azmin

SHAH ALAM – Pakatan Rakyat terbuka dan mengalu-alukan penyertaan sebuah parti baharu yang dicadangkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), kata Mohamed Azmin Ali.

 

“Mana-mana pihak yang berpegang kepada dasar dan polisi Pakatan…kami alu-alukan,” kata Timbalan Presiden PKR itu pada Sabtu.

 

Beliau berkata demikan kepada wartawan selepas menghadiri Program Semarak Ramadhan Peringkat Negeri Selangor di sini.

 

Azmin yang juga Menteri Besar Selangor mengulas mengenai pengumuman yang dibuat Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berhubung rancangan penubuhan parti baharu mesra pakatan pembangkang. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.