Memalukan, Gambar Cicak Dalam Makanan Pesawat Air India Tersebar

New Delhi – Syarikat penerbangan Air India semalam menyiasat bagaimana seekor cicak boleh berada dalam bungkusan makanan yang disediakan untuk penumpangnya.

 

Ia kejadian terbaru yang memalukan syarikat berkenaan.

 

Gambar yang beredar di media sosial menunjukkan kepala cicak itu tersembul dari roti yang disajikan kepada penumpang.

 

Kejadian berlaku dalam penerbangan dari Delhi ke London Khamis lalu, kata seorang pegawai.

 

Dia bagaimanapun tidak menyebut sama ada cicak itu mati atau hidup.

 

“Kami menyiasat bagaimana ia berada dalam makanan itu, termasuk menyoal pembekal dan jabatan terbabit,” kata jurucakap Air India Praveen Bhatnagar.

 

Syarikat milik negara itu yang tidak pernah mencapai keuntungan sejak 2007 berdepan pelbagai kejadian memalukan sejak kebelakangan ini.  – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.