Mayat Bayi Tiada Tangan Dan Kepala Hampir Putus Ditemui Dalam Semak

Butterworth – Mayat bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan dengan kepala hampir terputus, ditemui dalam kawasan semak di tepi Sungai Perai, berhampiran Kilang Gula Perai, hari ini.

 

Jurucakap polis berkata, mayat bayi yang tiada kedua-dua tangan itu, dijumpai seorang lelaki yang tinggal tidak jauh dari lokasi penemuan mayat berkenaan, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

 

“Lelaki berkenaan yang sedang berehat bersama rakannya di pondok tepi rumahnya, ternampak seekor anjing sedang mengigit sesuatu berhampiran kawasan semak terbabit.

 

“Dia yang curiga, terus menghampiri anjing berkenaan dan mendapati, haiwan itu sedang memegang bayi perempuan. Lelaki itu bertindak menghalaunya serta meminta rakannya ke balai polis untuk membuat laporan,” katanya.

 

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan bayi itu dilahirkan di tempat lain dan dibuang di kawasan berkenaan, sebelum kedua-dua tangan bayi terbabit dimakan anjing. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.