Kenderaan Terhumban Ke Sungai, 21 Terbunuh Di Andhra Pradesh

Rajahmundry (India) – Seramai 21 orang termasuk enam kanak-kanak terbunuh apabila kenderaan yang mereka naiki terhumban daripada jambatan di sini, pagi tadi.

 

Ketika kejadian kira-kira jam 5 pagi, semua mangsa merangkumi sembilan wanita, enam lelaki dan enam kanak-kanak dalam perjalanan pulang selepas menziarah Kuil Tirupati, lapor Press Trust of India (PTI) dengan memetik polis.

 

Seorang pegawai polis berkata, pemandu kenderaan dipercayai hilang kawalan apabila sampai di tempat kejadian menyebabkan kenderaan itu merempuh penghadang jambatan sebelum terhumban ke Sungai Gaodavari.

 

“Bagaimanapun, ketika kejadian air sungai itu cetek,” katanya sambil menambah semua mangsa berasal dari kawasan Achyutapuram, berhampiran Visakhapatnam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.