Kapten T-Team Maut Ketika Perlawanan Persahabatan

Kuala Terengganu – Kapten T-Team, David Faramola Oniya rebah sebelum meninggal dunia ketika beraksi pada perlawanan persahabatan dengan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, sebentar tadi.

 

Pemain pertahanan kelahiran Lagos, Nigeria itu disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu,kira-kira jam 10.05 malam tadi.

 

Ketua Pegawai Operasi T-Team, Mohd Syahrizan Mohd Zain, mengesahkan pemain berusia 30 tahun itu meninggal dunia dan bedah siasat akan dijalankan.

 

Menerusi laporan rasmi, David Oniya dilaporkan rebah dan tidak sedarkan diri selepas minit ke 5 sebaik sepak mula perlawanan persahabatan itu.

 

Punca kematian akibat serangan jantung secara mengejut.

 

Difahamkan, David Oniya yang juga pemain import T-Team meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

 

Perlawanan antara Kelantan lawan T-Team juga dihentikan serta merta bagi menghormati kematian David Oniya.

 

Kehilangan Faramola David Oniya adalah sesuatu yang berharga kerana hilangnya pemain pertahanan harapan T-Team.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.