Gunung Sinabung Meletus Lagi

Jakarta – Gunung Sinabung mengeluarkan lagi asap tebal yang lebih kuat ke langit menurut seorang pegawai.

 

Sinabung dilaporkan terus mengeluarkan asap dan batu kira-kira 500 meter ke langit.

 

Sejak September 2013, gunung setinggi 2,460 meter dari permukaan laut itu mula aktif dan statusnya sentiasa tidak stabil serta mempunyai petanda untuk meletus pada bila-bila masa.

 

Ketua Pusat Maklumat Badan Nasional Tangani Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho memaklumkan, aktiviti gunung berapi itu semakin meningkat dan pihaknya sedang memantau perkembangan dari semasa ke semasa.

 

Lebih 2,700 penduduk di Daerah Karo, Sumatera Utara terpaksa dipindahkan, apabila Gunung Sinabung mula meletus dan mengeluarkan asap tebal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.