Gajah Sarkas Terlepas Kandang, Bunuh Warga Emas

Berlin – Seekor gajah sarkas yang terlepas kandang, menyerang dan membunuh seorang warga tua berusia 65 tahun ketika mangsa sedang bersenam.

 

Menurut polis, gajah betina bernama Baby, bertembung dengan lelaki itu jam 5.30 pagi sebelum menyerang mangsa yang sedang berjoging di kaki lima sekitar kawasan perumahannya di bandar Buchen.

 

Seorang kakitangan sarkas tidak jauh dari situ, bergegas ke tempat kejadian dan menenangkan Baby sebelum membawanya balik.

 

Menurut polis, terdapat bukti penglibatan pihak ketiga, sama ada seseorang terlupa untuk menutup kandang, atau gajah itu dikeluarkan dengan sengaja.”

 

Sementara itu, kumpulan pencinta haiwan PETA mendakwa Baby sebelum ini pernah mencederakan tiga orang termasuk seorang kanak-kanak.

 

Polis masih menyiasat kejadian itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.