Buang Masa Sahut Cabaran Nik Abduh

Kuala Lumpur – Cabaran Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz supaya DAP ‘menceraikan’ parti itu dari Pakatan Rakyat hanya membuang masa, kata Lim Kit Siang.

 

Ketua Parlimen DAP itu berkata, pihaknya tidak mempunyai masa untuk bercakap perkara tersebut yang langsung tidak mencakupi kehendak rakyat.

 

“Ada baiknya kita bercakap soal prinsipal, objektif dan impian Malaysia.

 

“Impian Malaysia itu mestilah berasaskan polisi bersama Pakatan Rakyat untuk memenuhi harapan seluruh rakyat.

 

“Kita tak ada masa untuk bercakap soal cerai berai,” katanya ketika ditemui di Kampung Pasir Tumboh, Kelantan.

 

Kit Siang berkata demikian sebagai respon terhadap kenyataan Nik Abduh yang memperlekehkan DAP dengan dakwaan tidak cukup jantan untuk berpisah dengan parti dikuasai ulama itu.

 

Malah lebih memalukan, Nik Abduh yang berimej serba islamik menggunakan wanita sebagai objek ejekannya terhadap DAP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.