Air India Nafi Dakwaan Terdapat Cicak Dalam Makanan

Delhi – Air India menafikan laporan yang mengatakan seekor cicak ditemui dalam makanan yang disajikan dalam penerbangan Delhi-London pada Khamis, lapor BBC.

 

Ia adalah berikutan gambar yang dimuat naik di media sosial yang kononnya menunjukkan kepala reptilia itu di bawah dulang makan.

 

Ia tidak jelas samada cicak itu telah mati ataupun masih hidup.

 

Syarikat penerbangan itu telah menafikan laporan itu sebagai “satu penipuan palsu dan tidak berasas” dan ia hanya bertujuan untuk mencemarkan imejnya.

 

The Times of India melaporkan, insiden yang didakwa itu berlaku apabila atendan penerbangan menghidangkan makanan tengah hari kepada seorang penumpang.

 

“Penumpang dikatakan menjerit tidak lama selepas makanan itu dihidangkan.

 

Dilaporkan penumpang itu sangat kecewa dan berkata akan membuat aduan ke atas syarikat penerbangan itu.

 

Namun, Air India pantas menafikan dakwaan tersebut.

 

“Tiada aduan yang diterima oleh mana-mana penumpang penerbangan itu,” katanya dalam tweet.

 

Menteri penerbangan awam, Ashok Gajapathi Raju juga menolak dakwaan itu, dengan mengatakan tidak ada orang yang tampil untuk mengatakan bahawa mereka mengambil gambar itu kerana ia hanya dimuat naik dalam media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.