Nasi Goreng Tanpa GST: ‘Chef’ Ahmad Maslan Kena Troll

Kuala Lumpur – Selepas berkongsi resipi nasi goreng tanpa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) minggu lalu, Datuk Ahmad Maslan kini tampil mempersembahkan hasil masakannya sekali lagi menerusi laman Twitter hari ini.

 

Ahmad yang merupakan Timbalan Menteri Kewangan, bertindak memuat naik dua foto ‘Nasi goreng campur tiada GST’ yang mendatangkan banyak respon daripada pengguna Twitter.

 

“Sesekali sedia sarapan untuk keluarga. Nasi goreng campur resipi tiada GST. Hidang terus. Lepas masak ni ada program UMNO,” tulisnya di akaun Twitter milik beliau @ahmadmaslan.

 

Tweet berkenaan menjadi viral dalam beberapa minit selepas beliau memuat naik gambar berkenaan yang setakat jam 4 petang Ahad sudah di ‘retweet’ sebanyak lebih 2,400 kali.

 

Bagaimanapun kebanyakan pengguna Twitter memberi respon seolah-olah ‘menyindir’ tindakan Ahmad yang berbaju merah bergaya di depan kamera sambil memegang sudip dan telinga kuali kerana tidak semua bahan yang diperlukan untuk memasak nasi goreng tidak dikenakan GST.

 

“@ahmadmaslan teknik ‘hidang terus dari kuali’ banyak dipraktikkan di Perancis. Skil kulinari YB sangat tip-top! Tahniah!,” komen @ATMlogy.

 

“Dah tak ada benda nak digoreng pasal GST, awak buat nasi goreng GST pulak ye @ahmadmaslan?” komen seorang lagi pengguna @sicfallacy.

 

Hirisan timun yang tersusun elok di dalam kuali, juga mungkin menunjukkan Ahli Parlimen Pontian ini seorang yang kreatif dalam menghias makanan.

 

Status yang dimuat naik kali ini adalah yang kedua.

 

Sebelum ini, beliau berkongsi beberapa keping gambar dan cara untuk memasak nasi goreng serta berkongsi petua untuk mengelak GST.

 

Ahmad Maslan Memasak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.