Saya Sentiasa Bersyukur Bersuamikan Zaquan Adha – Ayu Raudhah

Walaupun pelbagai pendedahan yang dilakukan sebelum ini mengenai sikap ‘suaminya yang dituduh curang, namun ianya tidak melemahkan semangat dan perasaan aktres Ayu Raudhah.

Terbaharu menerusi laman Instagramnya, Ayu berkongsi perasaan sebenarnya ketika ini terhadap suaminya Zaquan Adha.

Menurut Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan, 30, dia sangat bersyukur bersuamikan Zaquan dan tidak akan sesekali percaya dengan kata-kata orang luar.

“Alhamdulillah saya sentiasa bersyukur bersuamikan Mohammad Zaquan Adha. Tidak kisah apa orang kata saya percaya Allah berikan yang terbaik untuk kita sama ada dugaan atau nikmat kebahagiaan.

Semoga Allah memberi kekuatan untuk kita menghadapinya,”kata Ayu melalui laman Instagram baru-baru ini.

Kecoh baru-baru ini pendedahan mengenai paparan skrin perbualan seorang wanita dengan individu yang kononnya Zaquan Adha, 26, menerusi mesej aplikasi sosial WeChat yang telah tersebar luas

Pemain bola sepak kelahiran Negeri Sembilan itu dilihat bermain kayu tiga di belakang isterinya yang sedang berpantang selepas melahirkan anak kedua mereka.

Tiga perbualan dengan Zaquan telah didedahkan dan Ayu menganggap ianya sebagai satu perbuatan khianat oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Ayu dan Zaquan bernikah pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser yang kini berusia setahun dan Muhammad Aisy Aryann yang lahir pada 2 Mei lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.