Hasan Malek Redha Disingkir Jawatan Menteri

Kuala Lumpur – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek redha sekiranya disingkirkan daripada jawatan menteri.

“Apa sahaja keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan saya turuti dengan berlapang dada. Sekiranya khidmat saya sudah tidak diperlukan maka saya akan berundur diri.

“Buat masa ini, saya tidak mahu memikirkannya dan hanya menjalankan tugas. Penyingkiran mana-mana individu adalah disebabkan pembubaran kabinet dan bukannya kerana tidak mencapai ‘standard’.

“Rombakan kabinet perlu dibuat bagi membantu Najib melaksanakan transformasi beliau,” katanya di sidang media selepas merasmikan Pameran dan Persidangan Antarabangsa Franchise International Malaysia (FIM) 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra, pada Sabtu.

Desas desus mengatakan nama Datuk Seri Hasan Malik antara yang tersenarai dalam senarai menteri yang bakal dilucutkan jawatan.

Najib sebelum ini dilaporkan berkata akan melantik Datuk Mah Siew Keong sebagai menteri jika Presiden Gerakan itu menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada 31 Mei lalu.

Mah menang dengan majoriti 238 undi menentang calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.

MCA yang sebelum ini memutuskan untuk tidak menerima sebarang jawatan di peringkat pusat dan negeri susulan prestasi buruk dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu telah menarik balik keputusan itu.

Pengumuman pembubaran kabinet baharu akan dibuat selewat-lewatnya selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

One thought on “Hasan Malek Redha Disingkir Jawatan Menteri

  • June 16, 2014 at 9:48 am
    Permalink

    Memang patut pun lucutkan jawatan. Entah dari lubang manalah Najib jumpa dia ni then lantik jadi menteri. Tengok muka pun dah tahu dia ni species ‘lembab’.Harga barang byk yang naik smpai 50%…tau tak 50%. ?????Kalau takat sesekali lagi turun gi pasar, bawak satu lori pegawai..buat apa. Takde effect apa2 pun.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!