Jangan tunggang tragedi MH17 dengan lawatan PM ke Rusia – Kamil Munim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Semua pihak digesa agar tidak mengeksploitasi laporan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bahawa Rusia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014.

Timbalan AMK Pusat Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, kenyataan daripada kerajaan Belanda dan Australia mengenai perkara itu secara kebetulan dikeluarkan malam semalam, sejurus sebelum lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia hari ini, yang sudah lama dirancang.

“Apa yang penting adalah laporan tersebut tidak seharusnya dieksploitasi dan ditunggang oleh pihak-pihak yang picisan dan dangkal isu.

“Jangan kita mudah terheret dengan permainan kuasa-kuasa besar dengan membantu menghalakan peluru musuh ke arah kita.

“Mempolitikkan tragedi MH17 adalah tingkat paling bawah untuk membenih dan mengaut laba politik murahan,” katanya mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari yang mahukan Perdana Menteri tidak mendiamkan diri berhubung isu itu ketika kunjungannya ke Rusia.

Tegas Kamil, mempolitikkan tragedi MH17 adalah tingkat paling bawah untuk mengaut laba politik murahan, apatah lagi ketika Malaysia terus mendukung segala usaha bagi menegakkan keadilan buat mangsa dan waris tragedi MH17.

Tambahnya lagi, kunjungan rasmi ke Rusia ini pasti akan membuahkan hasil yang memberi manfaat kepada negara dan rakyat, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai negara yang tegas, bermaruah dan berwibawa.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat