Hanis Elak Anak Jadi Mangsa

KUALA LUMPUR – Pelakon Hanis Zalikha akan memastikan setiap foto anak lelakinya, Yusuf Iskandar ditapis sebelum dimuat naik ke laman sosial Instagram.

Bayi lelakinya itu yang kini sudah menginjak usia 11 bulan, mengumpul 1.3 juta pengikut yang tertarik dengan gelagat comel Yusuf di Instagram miliknya, @theyusufiskandar, lapor Utusan.

Meskipun sedar anak lelakinya itu sering menjadi perhatian di media sosial, Hanis, 27, tegas dalam memilih gambar yang sesuai untuk dikongsikan kepada umum agar tidak menjadi mangsa pedofilia.

“Pedofilia memang satu perkara yang agak membimbangkan. Sebagai ibu, saya letakkan batas untuk muat naik gambar Yusuf yang tidak terlalu terdedah hingga boleh bawa kepada kejadian yang tak sepatutnya berlaku.

“Isu ini sangat meluas seiring dengan kemajuan teknologi masa kini, memang agak sukar nak kawal. Jadi,lebih baik saya berjaga-jaga dan sentiasa pantau laman sosial Yusuf dari semasa ke semasa, ” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.