Remaja Singapura Didapati Bersalah Hina Lee Kuan Yew, Agama Kristian

SINGAPURA – Sebuah mahkamah Singapura semalam mendapati seorang remaja bersalah menghina penganut Kristian dan menyebarkan gambar lucah dalam satu komen dalam talian yang meraikan kematian bekas perdana menteri, Lee Kuan Yew.

 

Bagaimanapun, pihak pendakwa raya menggugurkan tuduhan me­lakukan gangguan ke atas Amos Yee, 16, berhubung komennya mengenai Kuan Yew.

 

Kuan Yew yang merupakan pengasas Singapura moden, meninggal dunia pada Mac lalu.

 

Pihak pendakwa raya berkata, tuduhan digugurkan ekoran tiada denda dan hukuman penjara yang bersesuaian kerana usia remaja tersebut.

 

Amos bagaimanapun berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun berhubung dakwaan dia menyinggung perasaan bangsa dan penganut agama lain.

 

Dia direman selepas ikat jamin ditetapkan sebanyak 30,000 dolar Singapura (RM81,205) pada 30 April lalu.

 

Setakat ini, masih tidak jelas bila hukuman ke atas remaja itu akan diputuskan.

 

Amos ditahan dan didakwa pada Mac lalu kerana melakukan gangguan, menyebarkan gambar lucah dan menghina agama lain di laman sosial.

 

Dia tidak mengaku salah terhadap dua dakwaan terakhir itu. – Reuters/Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.