TERKINI: Tiada ADUN Bebas Di Terengganu Sehingga Jam 1 Petang Tadi

Sumber Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu memaklumkan sehingga jam 1.00 petang tadi tiada mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu menghantar surat mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas. Wakil Mykmu yang berada di sana juga tidak nampak kelibat bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said atau ADUN Ajil Ghazali Taib datang ke pejabat DUN.

Isnin lalu kedua-dua mereka mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat bebas sebagai membantah proses penukaran Menteri Besar Terengganu.

Kami juga difahamkan Bekas Menteri Besar Terengganu dan ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib akan mengumumkan kembali kepangkuan UMNO hari ini. Bagaimanapun, sumber kem Ahmad Said menafikan sebarang pengetahuan mengenai perkara ini.

Pihak kami masih menunggu pengesahan maklumat ini dan sidang akhbar yang dijangka akan diadakan petang ini. Jika maklumat ini menjadi kenyataan ia akan menstabilkan kembali politik Terengganu yang bergolak sejak isnin lalu berikutan kedudukan kerusi yang tipis antara Barisan Nasional dan Pakatan (17-15).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.