Semua Sudah Selesai, Saya Tarik Balik – Ahmad Said

Kemaman – Bekas Menteri Besar Terenggganu, Datuk Seri Ahmad Said mengatakan semua kemelut politik yang melanda sebelum ini adalah disebabkan salah faham antaranya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Menurutnya perkahwinan anak anaknya itu merupakan isu yang melibatkan maruahnya dan keluarga.

“Berlaku salah faham, dua-dua (beliau dan Perdana Menteri) dah minta maaf kerana salah faham itu dan saya juga mintaa maaf.

“Sebagai orang UMNO, kami saling minta maaf maka saya tarik balik perletakanan jawatan sebagai ahli umno dan ADUN Kijal” katanya pada sidang media yang diadakan di rumahnya petang tadi.

Ahmad Said turut mengatakan akan terus memberikan sokongan  penuh kepada kepimpinan baru yang dilantik.

“Saya tidak pernah berdendam dengan sesiapa dan ini bukan soal pengkhianatan.

“Saya dah bercakap dengan PM, saya ucapkan terima kasih dan akan terus berikan sokongan pada Barisan Nasional” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.