Saya Masih Belum Peluk Islam

Sejak mereka membuat pengakuan menjalinkan hubungan cinta, ramai peminat ternanti-nantikan bila pula pelakon bertubuh Zul Ariffin dan kekasihnya yang merupakan seorang penerbit iaitu Gayatri Su-Lin Pillai akan berkahwin.

Zul sebelum ini ada menyatakan yang dia memang merancang ke arah itu namun tidak mahu terburu-buru. Sementara Gayatri pula lebih senang membiarkan teman lelakinya yang membuat kenyataan mengenai perkembangan hubungan mereka.

Namun baru-baru ini timbul dakwaan tindakan Zul melambatkan perkahwinannya adalah kerana Gayatri dikatakan baru saja bergelar mualaf dan kini sedang mendalami agama Islam.

Mengulas mengenai dakwaan tersebut, Gayatri yang ditemui di majlis pelancaran hlive! baru-baru ini berkata dia enggan disoal tentang hal peribadi memandangkan dia baru saja kehilangan ayah tercinta beberapa minggu lepas.

“Saya masih bersama Zul. Tapi maaf, ketika ini saya tidak mahu bercakap lebih tentang hubungan kami kerana masanya tidak sesuai. Saya harap anda faham. Dan saya belum lagi memeluk agama Islam. Dakwaan itu tidak benar”, katanya.

Bagaimanapun, dia sempat berkongsi bahawa Zul sentiasa memberi dia kata-kata semangat di saat dia sedang berduka.

“Zul sangat memahami dan dia sentiasa beri saya sokongan dan kata-kata semangat,” ujarnya ringkas.

Dalam perkembagan lain, Gayatri memberitahu produksi Tayangan Unggul akan muncul dengan tiga buah filem menjelang hujung tahun ini.

“Kami ada tiga filem tahun ini yang akan ditayangkan iaitu ‘Lagenda Budak Setan 3’, ‘Amir & Lokman Pergi Ke Laut’ dan sebuah filem Tamil dijangka berada di pawagam bermula bulan Ogos depan,” kongsinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.