PKR Buka Pintu Kepada Ahmad Said Sertai Parti Itu

Kuala Terengganu – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa parti itu tidak terlibat dalam kemelut yang sedang berlaku di Terengganu.

Menurut Pengerusi PKR Negeri, Azan Ismail ia adalah merupakan keputusan yang diambil oleh wakil rakyat dan kerajaan pimpinan Barisan Nasional.

“Kita tidak berunding atau campurtangan, ini adalah polemik dalaman yg tiada kena mengena dengan PKR.

“Saya ingin menyatakan simpati terhadap rakan Adun yg membuat keputusan meninggalkan parti.

“Mereka masih dilihat sebagai pengkhianat kepada parti dan tindakan memberi gelaran negatif kepada mereka tidak membantu kedudukan politik Terengganu” katanya ketika sidang akhar yang diadakan petang tadi.

Azan yang juga merupakan bekas ahli parlimen Kuantan berkata mereka yang menyatakan pendirian untuk keluar UMNO itu adalah sebahagian daripada DUN Terengganu yang didukung berdasarkan undang-undang.

“Mereka dipilih melalui proses yang betul dan tak adil (untuk) kita belasah mereka.

“Saya merasakan mereka perlu diberi peluang selagi tidak bubarnya DUN” katanya lagi.

Menurutnya lagi PKR Terengganu tidak merasakan mereka pengkhianat dan tidak akan menutup pintu kepada mana-mana ADUN yang telah keluar daripada UMNO itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.