Peminat Kena Block Di Twitter, Tasha Shila Dakwa Kurang Ajar

Aktres Tasha Shilla tertekan dengan komen negatif berunsur hinaan yang dilemparkan pengikut-pengikut laman sosialnya terhadap hubungan dia dengan jjejaka yang dikenali sebagai Han Chen Wong.

Bertemu pelakon drama ‘Terukir di Bintang’ ini sewaktu majlis pelancaran hlive baru-baru ini, Tasha berkata peminat tidak wajar menjatuhkan hukuman terhadap dirinya menerusi gambar-gambar yang dikongsi di laman sosial Instagram miliknya.

“Tak dinafi, saya memang tertekan dengan komen-komen negatif mereka. Jadi saya terpaksa saya block kerana bersikap kurang ajar mereka.

“Saya tidak perlu untuk jaga hati peminat, kalau mereka betul peminat saya mereka akan menerima saya seadanya. Mereka sepatutnya memahami dan bukan mengawal hubungan saya. Syukur, keluarga merestui hubungan kami dan itu sudah cukup,”katanya.

Tasya berkata demikian ketika didiminta menggulas mengenai kritikan dan komen negatif yang sering dilemparkan oleh pengikut-pengikut laman sosial Instagram setiap kali dia memuat naik gambar bersama kekasihnya itu.

Dalam pada itu, dia turut memberi amaran kepada peminat yang berniat untuk menghina atau memberi komen negatif terhadapnya tidak perlu menjadi pengikutnya di laman sosial berkenaan.

Sementara mengenai perkembangan hubungannya dengan peninju Muay Thai itu, beritahu Tasha, mereka kini sedang di peringkat memahami dunia masing-masing.

“Pada awalnya dia agak rimas juga dengan perhatian orang terhadapnya. Saya pula cuba masuk dengan dunia Muay Thai dia, sementara dia belajar memahami dunia saya,” katanya.

Pasangan ini merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.