Lisdawati Dakwa Dah Maafkan Sharnaaz Ahmad

Persengketaan antara dramatis popular Lisdawati Nazaruddin (Lisda) dan aktor berbakat besar Sharnaaz Ahmad yang tercetus beberapa bulan lalu, nampaknya sudah berakhir apabila Lisda memberitahu yang beliau tidak mahu lagi memanjangkan isu tersebut.

Jelas isteri kepada pelakon juga pengarah Fauzi Nawawi ini, dia sudah memaafkan Sharnaaz malah kepada sesiapa sahaja yang pernah berprasangka buruk terhadap dirinya serta suaminya selama ini.

“Tak nak panjang cerita. Syukur Alhamdulilah sejak saya balik dari umrah, saya lebih tenang. Saya dah maafkan semua orang. Saya tidak bermusuh dengan sesiapa. Jadi selepas ini saya tak mahu ada apa-apa agenda atau apa-apa cerita lagi tentang hal itu. Semuanya saya serahkan kepada Allah.”, kata Lisdawati.

Lisda yang kini sarat mengandung dan bakal menimang cahaya mata lelaki, ditemui pada majlis pelancaran hlive! baru-baru ini.

Sebelum ini media melaporkan Sharnaaz telah menyerang Lisdawati, 35, di lokasi penggambaran drama ‘Bukan Aku Tak Cinta’ di Sungai Buloh dekat sini pada 19 dan 21 Februari lalu. Peristiwa itu menjadi tegang apabila Fauzi dikatakan menerima khidmat ringkas (SMS) daripada Sharnaaz berbaur ugutan selepas dia bertanyakan hal berkenaan.

Lisda mendakwa mengalami darah tinggi akibat kejadian itu. Dia dan suami turut membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada Sabtu lalu sebagai langkah keselamatan diri.

Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai kenyataan Fauzi yang menunggu surat saman daripada Sharnaaz, sambil tersenyum Lisda berkata dia tidak mahu mencampuri urusan antara suaminya dan pelakon kelahiran Pulau Pinang itu. Namun dia percaya yang suaminya sudah memaafkan Sharnaaz.

“Soal itu, saya tak mahu campur urusan lelaki. Setiap orang lakukan kesilapan dan kami (saya dan suami) sudah sama-sama memaafkan dia dan juga semua orang. Kalau dia hendak berjumpa dengan kami, saya dan suami terbuka dan bersedia”, katanya.

Katanya lagi, dia tidak ambil pusing dengan tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa dia dan suaminya suka bergaduh dengan pelakon lain.

“Saya tak nak komen. Apapun tanggapan orang, kami positif. Bagi kami kata-kata mereka itu ibarat sekecil kuman tidak menjejaskan nama baik kami. Apa yang penting peminat-peminat masih percaya dan tetap terus menyokong kerjaya kami berdua”, katanya.

Sementara itu beralih pula kepada perkembangan dirinya, Lisda berkata dia bakal melahirkan ketiganya di hospital pakar terletak di Kampung Baru dan akan berpantang di rumahnya, di Cheras. Mengenai pilihan nama untuk cahaya mata baru nya itu nanti, kata Lsda dia sudah mempunyai beberapa pilihan nama.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini juga meluahkan, meskipun dihujani pelbagai dugaan namun rezekinya tetap tidak putus. Dia yang kini sedang menunggu hari untuk melahirkan anak ketiganya baru saja selesai menjalani penggambaran di Kedah.

“Saya baru balik dari Kedah. Alhamdulilah saya masih larat lagi dan dapat menghabiskan penggambaran. Syukur, walaupun sejak kebelakangan ini pelbagai dugaan yang datang, tapi rezeki saya semakin murah. Dan selepas bersalin nanti pun ada beberapa projek dan melibatkan saya. Syukur, rezeki anak…”, tuturnya sambil mengukir senyuman.

One thought on “Lisdawati Dakwa Dah Maafkan Sharnaaz Ahmad

  • May 14, 2014 at 11:45 am
    Permalink

    jangan buang masa pada perkara yang kurang berfaedah…fokus macam mana hendak memajukan filem kita ke pasaran antarabangsa…macam mana orang melayu berminat menonton filem hidustan filem indonesia filem korea filem jepun filem latin selain filem Barat…adakah orang luar juga berminat untuk menonton filem kita?…kita tidak mahu populariti artis kita setakat dalam negara sahaja…jangan hanya glamour dengan ‘gossip’ sahaja.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.