Hotel Condong Di Korea Selatan

ASAN, Korea Selatan – Sebuah bangunan setinggi tujuh tingkat yang kini condong di bandar ini dibimbangi akan runtuh.

Bangunan yang akan dijadikan hotel itu mula runtuh pada pagi Isnin lalu.

Pembinaan bangunan tersebut sepatutnya disiapkan dalam tempoh sebulan lagi.

Satu lagi bangunan hotel yang terletak bersebelahan dengan bangunan yang condong itu tidak runtuh.

Pakar-pakar menganggap kejadian mungkin berpunca akibat kelemahan struktur bangunan dan pergerakan tanah. – Agensi

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.