Ahmad Said Kembali Ke Pangkuan UMNO

Putrajaya-Bekas Menteri Besar Terengganu,Datuk Seri Ahmad Said hari ini menyertai semula  UMNO setelah kesal dengan krisis yang berlaku melibatkan politik di Terengganu.

Pekara itu disahkan Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Kuala Berang,Datuk Tengku Putera  Tengku Awang pada sidang media di sini,sebentar tadi.

Tengku Putera yang mengetuai 14 ADUN  Terengganu itu berkata,pekara itu telah dimaklumkan Perdana Menteri  dalam pertemuan bersama Menteri Besar baharu ,Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan 13  ADUN Terengganu di Perdana Putra di sini.

Rombongan yang diketuai Menteri Besar Baharu  Terengganu,Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan Speaker DUN negeri,Mohd Zubir Embong.

Turut sama dalam pertemuan itu ialah ,Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung UMNO ,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.