Ahmad Said Adakan Sidang Akhbar Khas Jam 5 Petang

Kemaman-Selepas dua hari menghilang ,akhirnya bekas Menteri Besar,Datuk Seri Ahmad Said pulang ke kediaman peribadinya di Telok Kalong,disini,kira-kira jam 11.27 pagi tadi.

Ahmad pulang bersama isterinya,Toh Puan Seri Norliza Mahmud sambil turut diiringan Setiausaha Umno Bahagian Kemaman,Rosli Ahmad.

Menurut sumber, beliau dijangka akan mengadakan sidang akhbar pada jam 5.00 petang dikediamannya sekaligus menyelesaikan kemelut politik di Terengganu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang ,Datuk Tengku Putera Tengku  Awang sebelum ini memaklumkan,Ahmad Said akan menyertai semula UMNO  setelah kesal dengan krisis yang berlaku.

Selain beliau,Adun Kijal juga dilaporkan akan menarik semula keputusan untuk keluar Umno.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.