Ahli Umno Ajil Bantah ADUN Lompat Parti

Dikalangan ahli Umno setempat  berkumpul di pekan Ajil selepas beberapa jam Ghazali Taib bertindak keluar parti dan memilih menjadi ahli bebas.

Rata-rata kesal dengan sikap Ghazali yag mengambil langkah drastik bersama-sama dengan bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said ekoran berlakunya peralihan kepimpinan negeri.

Buat pertama kali Ghazali bertanding ialah  pada PRU lalu  dan diatas kejayaan itu membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas negeri.

Oleh kerana itu, bantahan ahli Umno Ajil dilihat sebagai ada asasnya kerana dengan sokongan dan dorongan suara ahli akar umbi menguatkan Ghazali di pilih sebagai calon Barisan Nasional .

Laungan jangan lupa suara akar umbi Umno bukanya suara akar umbi parti Bebas sudah pasti akan merobah nasib Ghazali pada PRU14 nanti.

Seorang peserta perhimpunan, Shuhaimi Hussin, 48, berkata dia amat kecewa dengan tindakan Ghazali kerana sanggup membelakangkan parti, sedangkan sebelum ini menyeru ahli mengutamakan parti daripada kepentingan peribadi.


“Kami yang mewakili pengundi di DUN Ajil mahukan seorang wakil rakyat yang setia pada parti dan tindakan dilakukan Ghazali dianggap sebagai mengkhianati parti,” katanya.

Omar Shamsudin, 49, berkata tindakan dilakukan Ghazali yang bertindak meletak jawatan dan menjadi ADUN bebas membuktikan beliau tiada prinsip perjuangan.

One thought on “Ahli Umno Ajil Bantah ADUN Lompat Parti

  • May 14, 2014 at 11:26 am
    Permalink

    adalah lebih baik Ahmah dan Ghazali letak jawatan sebagai wakil rakyat dan adakan PRK…kalau masih menjadi ADUN bebas keadaan akan menjadi bertambah rumit…bagaimana mereka berdua hendak berhadapan dengan sikap rakyat yang memprotes tindakan mereka terutama ahli UMNO dan ini bolih menjejaskan tanggungjawab sebagai wakil rakyat…beri peluang pada rakyat buat pilihan…cantik balik!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.