Selesaikan masalah dengan GRS, PKR beritahu Bung Moktar

- Advertisement -

KOTA KINABALU KOTA KINABALU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah mahukan Barisan Nasional (BN) perlu menjernihkan hubungan dengan Gabungan Rakyat Sabah(GRS) sebelum bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi mengelak mereka tersepitmenjelang Pilihan Raya Umum Negeri Sabah ke-17 (PRN17).

Ketua Penerangan PKR Sabah, Razeef Rakimin berkata, PKR Sabah menyambut baik keputusan UMNO-BN Sabah untuk bekerjasama dengan PH Sabah namun menganggap sebarang kerjasama dengan PH harus turut mengambil kira GRS yang merupakan sekutu PH di Sabah pada masa ini.

“Pada pandangan kami BN perlu menjernihkan hubungan dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana kita tidak mahu pertelingkahan dua pihak ini menyebabkan PH tersepit di tengah dan seterusnya menyukarkan gerak kerja dari segi jentera ketika pilihan raya berlangsung,” katanya dalam kenyataan pada Isnin yang dipetik oleh Sinar Harian.

Semalam Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima BungMoktar memberitahu pemberita bahawa BN Sabah akan mengadakan Kerjasama dengan PH dalam PRN17 akan datang setelah mengadakan beberapa perbincangan tidak rasmi.

Kenyataan tersebut menimbulkan persoalan mengenai Kerjasama PH dengan GRS yang telah dipersetujui sejak beberapa bulan lalu. GRS dikatakan telah mengadakan perbincangan pembahagian kerusi dengan PH sejak Disember lalu.

Dalam masa yang sama BN Sabah pula mengambil sikap keras terhadap GRS dan menolak sebarang kerjasama dengan mereka.

Razeef, yang juga Timbalan Ketua Penerangan PKR, mendakwa hanya sekali pertemuan tidak rasmi berlaku antara kedua-dua parti, bertentangan engan dakwaan Bung semalam bahawa BN dan PH telah mengadakan beberapa pertemuan tidak rasmi sejak beberapa bulan lalu.

“Sebelum ini juga telah diadakan sekali pertemuan tidak rasmi antara PH Sabah dan BN Sabah,” jelas Razeef.

Namun Razeef mengalu-alukan kerjasama semua parti dalam Kerajaan Perpaduan.

“Apa yang penting di sini adalah bagaimana BN dapat berperanan bersama PH dan GRS dalam kerajaan Sabah bersama-sama membangunkan negeri ini seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan.

“Apa yang menjadi keutamaan adalah pembangunan ekonomi dan infrastruktur negeri serta kebajikan rakyat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat