MIC jamin pengundi India tak boikot PRK Ayer Kuning, calon PSM tipis untuk menang – Saravanan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan yakin pengundi India tidak akan memboikot PRK Ayer Kuning susulan isu pemindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Meskipum isu itu mendapat reaksi negatif masyarakat India di seluruh negara, Saravanan memberi jaminan akan menanganinya, termasuk meyakinkan pengundi di Ayer Kuning.

“Saya setakat ini tak dengar, tak nampak ada usaha boikot PRK.

“Boikot itu tak wujudlah sebab mereka lihat saya sebagai wakil rakyat memang mempertahankan hak mereka, termasuk rumah ibadat.

“Jadi, saya juga percaya dalam soal rumah ibadat ini, kerajaan telah bertindak dengan kadar segera.

“Masyarakat India juga percaya ada dalang, kalau tidak kenapa isu ini tiba-tiba berlaku, sedangkan kita lebih 60 tahun hidup harmoni dalam negara ini,” katanya dalam wawancara bersama FMT di Tapah.

Ahli Parlimen Tapah itu menegaskan isu 3R (kaum, agama dan institusi diraja) tidak akan menjalar sehingga kawasannya kerana penduduk di sini cukup bertoleransi.

“Kalau isu 3R wujud di Tapah, saya dengan MCA takkan menang memandangkan Tapah ini majoriti pengundi Melayu,” katanya merujuk kerusi DUN Chenderiang yang dimenangi MCA dan Parlimen Tapah dimenangi MIC pada PRU15.

Bulan lalu, kerajaan menyelesaikan isu pemindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di tanah milik pembekal tekstil, Jakel Trading Sdn Bhd di Jalan Munshi Abdullah bagi memberi laluan pembinaan Masjid Madani.

Pada 25 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa mengumumkan kuil Hindu berusia 130 tahun itu akan dipindahkan 50m dari lokasi semasanya.

Jawatankuasa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman bersetuju dengan pemindahan kuil itu ke lokasi baharu berkeluasan 4,000 kaki persegi, sama dengan saiz kuil sedia ada.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berharap orang ramai memahami keputusan kerajaan menyelesaikan isu itu secara aman, beradab dan berakhlak dalam suasana masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.

Mengenai saingan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), KS Bawani akan menyebabkan perpecahan undi dalam kalangan pengundi India, Saravanan tidak melihat parti itu mampu membuat kejutan.

“PRU lalu, dia (Bawani) dapat 500 lebih undi, saya lihat dalam PRK kali ini dia boleh tambah sedikit undi.

“Tapi untuk menang, peluangnya tipis sangat dan bagi saya, pengundi akan membuat keputusan berdasarkan parti bertanding, bukannya individu,” lapor portal itu lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat