Jika setiap kali keluar masuk perlu dilapor kepada SB bermakna masih ada lagi TCO – Samsuri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mendakwa status Travel Control Order (TCO) yang dikenakan terhadapnya berbeza dengan individu lain.

Menurut Samsuri, apabila beliau ditahan di lapangan terbang ketika ingin berlepas ke Sabah baru-baru ini, beliau diminta mendapatkan pelepasan daripada pihak Cawangan Khas (SB) terlebih dahulu.

“Yang latest hari tu apabila saya ditahan di hadapan orang ramai, jadi saya tak dapat terima benda (penahanan) tu.

“Macam mana pula (dikatakan) TCO itu perkara biasa. Apabila saya ditahan saya perlu dapatkan clearance (pelepasan) cawangan khas (SB),” katanya kepada media di Kuala Terengganu, pada Isnin.

Samsuri mempersoalkan kenapa dia perlu mendapatkan pelepasan daripada pihak polis terlebih dulu sedangkan dia hanya ingin ke Sabah dan bukan ke luar negara.

“Nak pergi Sabah, Sarawak je pun, bukan nak pergi Amerika Syarikat (AS) ke. Nak pergi mana, dalam negeri, dalam negara kita sendiri,” katanya yang mendakwa dikenakan TCO sejak tahun 2024.

Pada 10 April lalu, Samsuri mendakwa beliau berada dalam senarai TCO kerana merupakan individu yang dianggap berisiko atau berbahaya.

Naib Presiden Pas itu juga mendakwa perkara itu menyebabkan beliau diletakkan di bawah pengawasan berterusan, manakala telefonnya turut dipintas.

Bagaimanapun Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menjelaskan TCO sebenarnya merujuk kepada “pegawai kawalan perjalanan” iaitu pegawai polis cawangan khas yang bertugas di pintu masuk dan keluar negara.

Razaruddin turut menafikan Samsuri berada dalam senarai individu berbahaya dan menyangkal dakwaan telefonnya dipintas oleh pihak berkuasa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut menafikan dakwaan pengawasan terhadap Samsuri.

Sebaliknya mereka menjelaskan bahawa kawalan keselamatan tersebut merupakan prosedur rutin yang dikenakan ke atas semua VVIP – termasuk mereka sendiri.

Dalam kenyataannya, Samsuri berkata beliau hanya menyedari kewujudan TCO terhadapnya apabila menggunakan laluan biasa di lapangan terbang. Sebelum ini, beliau menggunakan laluan khas sebagai Menteri Besar.

Diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis Negara, Samsuri berkata dia akan Singapura selepas ini bagi mengetahui sama ada masih dikenakan TCO ataupun tidak.

“Kalau setiap kali saya keluar masuk perlu dilapor kepada cawangan khas bermakna masih ada lagi TCO,” katanya lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat